Haih....

Haih..
Still at office...
Nak buat kejer....sangat MALAS sbb smlm pun da kul 10pm br balik rumah...so mengantuk dan tahap kemalasan terlampau da melanda...

Haih..Haih...
Sian hubby n harris...

Sorry sangat2........

Haih...Haih....Haih...
Nak balikkkkkkk.....nak rehatttttttt.........

Buhsan..

MAKAN, BERAT dan GEMOK...

Aku da GEMOK...
adohai....cmn nak kurangkan berat badan ni...bukan nak kuruskan badan ni..walaupun da ada double tripple chin kan..perut pun da ada spare tyre da...tp terasa cam kaki yg x cukup syarat ni da x leh tampung berat badan 62kgs ni...sudah naik lg 2kgs...x makan nasik seminggu pun naik gak....tp tu la...wpun x makan nasik...still makan kek dan makanan yg berkarbohidat dan lemak tinggi...nak wat cmn..x leh nak control...nmpk ja nak makan..bau sedap ja nak makan..nafsu makan melampau toi....x der lak nafsu shopping..kan best...kekekeke...rasanya berat paling berat pun last time 70kgs..tu pun sbb peknen..ni x peknen da 62kgs..heheheh.....

neway, Bb tengah nak kurang kan berat badan ni...harap2 nya la..kena target kot..bulan june ni nak kena turun at least 5kgs...kot boleh la..huhuhu...

tapi tu la..sementara lalu makan dan boleh makan ni kan....makan ja la...cuma yg penting..kurangkan..bukan x leh makan..klu nnt da sekeping pun susah gak kan....harap2 berjaya la ek...Gambatte....!!!!

-The end-

Nota kaki : x tau nak tulis apa kat blog ni....wpun bnyk benda nak tulis..so merepek ja la dulu sampai dpt idea....

Kembali Kepada-NYA-

Buat teman-teman yang mengenali, saudara sesama Islam & 1Malaysia..

Bagi yang mengenali nama Zawawi (usia 2 thn lebih) mungkin tahu sejarah kesihatan yang semakin kronik dan merosot sejak beberapa bln kebelakangan ini. Semalam baru diketahui anak Pn Rosnaini bt Aris bahawa sel darah putih telah semakin membesar dan hampir menutup keseluruhan darah merahnya. Jika ini berlaku akan menyebabkan kegagalan sel darah merah membawa oksigen ke otak dan kesemua organ. Untuk pengetahuan semua Zawawi telah menjln rawatan Kimoterapi Tahap 5 (yg terakhir) pd bln Nov 2010. Doktor telah mengesahkan tiada lagi rawatan kimo buat Zawawi, dan sekiranya terjadi lg 'relapse' (sel darah putih berkembang semula) dia hanya blh bergantung pd ubat Kimo yg menelan belanja RM1500/ubat. Doktor juga telah memberitahu Pn Rosnaini & suami agar menyediakan wang sebyk RM160, 000 bagi menanggung kos perubatan & rawatan yg akan dijalani sekiranya ada penderma darah & transplant yg sesuai dgn jenis darah Zawawi iaitu darah jenis 'O' (terdapat kriteria tertentu bg darah jenis ini).
Oleh yg demikian, atas dasar persahabatan & perasaan kemanusian, sy Fatimazuraida & Etty Nurulhuda ingin memohon jasa baik teman2, & saudara2, agar dpt panjang2kan info ini pada sesiapa agar dpt meringankan beban Pn Rosnaini sekeluarga baik dr segi kewangan ataupun bagi yg sudi menderma utk rawatan 'Bone Marrow Transplant - BMT' . 

Moga Allah rahmati jasa baik anda dunia & akhirat. Amin.. 


Assalamualaikum WBT


Untuk pengetahuan semua, nota di atas telah diedar di dalam Group dan juga kepada semua kawan2 yang mengenali atau tidak mengenali puan rosnaini @ kak roni sekitar akhir bulan 12....pelbagai usaha telah dilakukan bagi membantu kak roni sekeluarga...namun....hari ini, Bb telah mendapat berita bahawa Adik Zawawi telah kembali ke rahmatullah....mungkin ini yang terbaik buat adik zawawi dan keluarga..sesungguhnya Tuhan lebih menyayanginya...Semoga rohnya tenang di sana...Al-Fatihah.
Bila dikenangkan dugaan yang telah dilalui oleh keluarga kak roni ni buat Bb berfikir, macamana kalau semua ni jadi pada Bb...Tuhan saja yang tahu apa perasaan kak roni diwaktu itu...Ya Allah sesungguhnya tabah sungguh hati kak roni melalu detik2 ini...selepas permergian arwah anak bongsunya..kini zawawi pula meninggalkan keluarganya....
Bb....x tahu la bagaimana Bb akan lalui semua ni kalau ini terjadi pada Bb..sedangkan perpisahan anak pun kita da nak gila...inikan pula kehilangan selamanya....
Sedihnya pagi ni Bb mendapat berita ini...Semoga keluarga kak roni tabah menghadapi.....
Sayangilah dan hargai la orang yang kita sayang dan menyayangi kita selagi ada....


-The end-