I wont fight......

Sekarang bukan bermenung zaman bermenung...
Sedap nya deru nada irama lagu..
Tapi tertafsir satu helaian maksud yang tersirat..

Begitu juga aku..

Tatkala aku mencoretkan kata ini
Aku bukan lagi insan  yang dulu
Melawan mempertahankan apa yg sepatutnya menjadi hakku
Melewati hari2 dengan sejuta harapan
Yang aku memang pasti takkan menjadi kenyataan

Tika ini aku sudah meredhai
Aku bukan sesiapa di hati mereka
Tapi mereka adalah segalanya dalam hidup aku
Aku takkan mungkin berhenti menyayangi
Takkan mungkin berhenti merindui

Cuma yang pasti aku kini berhenti... menoktahkan segala penderitaan
Mengurung memenjara segala yang tersirat
Melatih diri menerima hakikat
Berserah pada takdir
Dan aku tidak akan melawan lagi
Cukup cukup sudah

I wont fight anymore
Until the times come.....

Siapa kau...nak mengata..

Aku x sempurna sesempurna kau 'agaknya'
Bukan malaikat bukan juga bidadari syurga
Namun jgn kau pertikaikan
Kesempurnaan yang aku cuba capaikan

Perubahan aku kau kotak katikkan
Walaupun aku masih mencuba
Berilah aku masa
Sedangkan dia tak pernah mencela
Kau siapa?

Menutup segalanya tak bermakna kau tak pernah mengata
Kenapa?
Kerna sekarang lidahmu berunsur cacian
Bukan nasihat bukan tunjuk ajar
Jadi nyah kau kalau kau bersifat denkian
Kerna aku tak perlu manusia bersifat kepuraan
Bahkan cacian sudah jadi perumpamaan
Untuk kau bandingkan antara kau dan kami
Yang masih bersifat permulaan

Aku sekadar insan berperasaan
Usah kau menguji usah kau caci
Usah kau menilai kerna itu
Urusan Tuhan.....

"Aku"

Aku kakak kepada adik2 ku
Aku adik kepada kakak2 ku

Aku mungkin bkn adik yang terbaik
Namun aku cuba menjadi kakak yg terbaik buat adik2 ku

Aku rindu mereka...mereka yg mungkin juga rindukan aku
Namun aku tak pernah lupa
Kasih dan sayang tunjuk ajar mereka pada aku
Aku  sedar aku mungkin kakak yg tak seberapa
Namun aku sentiasa ada sebagai pengering air mata penyeri duka lara
Aku akur tika aku disalah ertinya
Aku tak kisah aku diperlakukan dipertikai ikhlasnya
Yang aku pasti doaku x pernah putus buat mereka

Wahai adik-adik dan kakak-kakakku
Aku menyusun kata memohon untuk berbicara
Izinkan kasih sayangku tersemat walau sedikit dalam kota hatimu
Hanya sedikit tak terusik walau secubit
Itu saja yg kuperlu ........

Zuriatku

Hari ini ....
sewaktu di taman aku lihat senyumnya
Terkedu aku seketika bila wajahnya iras abangnya
Tersenyum jugak aku seketika bila aku fikirkan saat indah bersama mereka
Hiba jugak la rasa hati terkenangkan dimanakah mereka... apakah sihat atau sebaliknya... adakah bahagia atau derita...

Semalam..
Aku tersentak dari lena
Pabila kudengari gelak tawa mereka
Bersama adik yang berlainan bapanya
Namun keluarnya dari rahim yang sama
Lalu aku beristigfar.. berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan mereka
Semoga berada di bawah Lindungan-Nya

2 tahun yang lepas..
Kali terakhir aku masih ingat mereka bergurau senda
Mandu manda sabun adiknya
Memakaikan pampers mengenakan bajunya
Menyuap juadah geli hati melihat celoteh mereka
Namun aku pasti segala kenangan yang terpahat
Kekal abadi dalam minda mereka
Terutamanya adiknya

5 tahun lepas..
Kali oertama setelah beberapa lama aku tidak ketemu mereka
Aku masih ingat kekoknya rasa setiap kali berjumpa
Namun aku yakin aura dan naluri ibu ini
Sedikit sebanyak mereka jua terasa
Di kala itu adiknya masih di dalam rahim yang sama
Aku juga pasti dikala itu mereka sendiri terkeliru
Dengan mainan dunia perasaan dan jiwa
Kerna di mata mereka aku bersifat sementara
Sekejap ada sekejap tiada dan seberapa lama hilang entah ke mana....

Kini di saat ini
Ibumu mendoakan yang terbaik
Kerna aku sudah menyerahkan takdir
Dan aku redha akan ketentuannya
Malah aku tak pernah mungkir
Suatu hari nanti adikmu pasti kan mencari
Menanti setiap detik setiap saat setiap nafasnya
Untuk penyatuan zuriat ibu semula
Mungkin buat selamanya......

Aku rindu

Angin bayu menghembus merdu
Semerdu deruan cintamu
Sehangat pelukan mesramu
Semanis senyummu

Aku rindu segala yang ada padamu
Dari tutur katamu hingga ke gurauan sendamu
Setiap bait lafaz cintamu
Buat aku kaku kelu membisu

Aku rindu kau yang dulu
Tatkala cinta mekar dihatimu
Tatkala kita menghitung hari bahagia
Tatkala itu kau amat jauh berbeza

Kini.... aku masih rindukanmu
Kerna kau satu-satunya lelaki dihatiku
Yang sentiasa sayangkanku walau apa jua keadaanku
Walaupun kau berubah mengikut usiamu
Yang pasti...

Aku rindu kau dulu kini hingga hujung nyawa.... :)

Syukur

Ya Allah
Sujud syukur padaMu atas segala kurniaanMu
Aku redha dengan segala dugaan dan cabaranMu
Aku pasrah jika itu jalan takdirku

Ya Allah
Tatkala aku jatuh tersungkur
Itu tandanya kau sayangkan ku
Itu lah juga petanda aku sudah terpesong jauh dariMu
Dan itulah juga tanda aku perlu mengubah tatacara hidupku

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Terdetik hati mengapa aku begini
Sakit itu dan ini tak pernah berhenti
Namun aku akui walaupun bukan kanser yang membarah diri
Namun aku tekadang sangsi kenapa takdir ku begini
Namun akan ku rasa lebih sangsi
Jika sehari tak diuji
Maka itu tandanya aku sudah jauh tersisih
Jadi ku tabahkan hati menerima ini
Satu tanda Allah SWT masih disisi

Ya Allah
Betapa hinanya insan ini
Menghitung segala ujianmu
Sedangkan aku patut menyedari
Aku lebih beruntung dari yang jauh teruji
Sesungguhnya masih ramai disana
Lebih berat amat besar musibah diri

Ampunkan hambamu ini Ya Allah
Sesungguhnya adakalanya aku tak mengerti
Ujianmu bukan sekadar menguji
Malah memberi mahasabah diri
Buat diri insan yang Kau sayangi.... :)

Aku suka kamu

Kau tahu kan aku suka apa
Kau tahu kan kenapa aku suka
Kalau kau belum tahu biar aku bagitau

Aku suka lenganmu yg besar
Berurat-urat gagah tampaknya
Aku lagi suka rambutmu spiky
Tapi jika satu hari kau botak aku masih tetap suka
Aku suka kau merokok
Memang aku gila tapi itulah aku
Aku suka suaramu
Kerna bila kau getarkan gitarmu
Cair hatiku ingin ku pelukmu
Aku tau kau tak romantis
Tapi aku juga tahu ada saatnya kau ingin begitu
Aku rela kau jarang memujiku
Kerna ku tahu jauh disudut hatimu
Kau sentiasa ingin lihat kecomelanku
Dan aku akan pelik jika kau asyik memujiku
Kerna jika begitu maknanya kau sudah ada lagi satu dengan mulut manismu
Banyak sangat yang aku suka tentangmu
Kerna kau lelaki yang menepati citarasaku

Jadi..jangan lah kau ubah sikap mu..
Kerna aku tak pernah berubah sayangkan mu...... :)

Kawan

Bila aku sakit
Kawan-kawan sering menasihati
Tatkala aku salah
Merekalah yang meleteri
Aku tahu mereka sayangku
Oleh sebab itu aku suka dimarahi
Walaupun aku banyak kurangnya
Namun ku di terima dengan seadanya
Ampuni aku jika ada yang terasa
Kerana ada ketikanya aku leka
Tak berniat nak mengguris rasa
Pabila aku menjadi perantara
Namun aku cuba tidak mengeruhkan suasana
Wahai kawan yang aku cinta
Terima kasih atas segalanya
Kerana terima aku walau aku tak sempurna
Sayang korang semua....... :)

Aku lah nyawamu...

Ku sangka kau x kisah
Ternyata aku salah
Ku fikirkan kau dah berubah
Fikiranku hanya lah anggapan semata
Ku risau kau tak endah
Malangnya aku jauh menggelabah
Ku sangsi hati mu berpecah belah
Rupanya hatiku yang kecoh
Ku cuba nak pasrah
Namun sayu hati meruntun gelisah
Ku cerita salah silahmu
Yang pasti itu hanya helahku
Ku ingin uji cintamu
Yang ku uji sebenarnya setiaku
Ku tau kau sayangkanku
Akhirnya aku sendiri yang tahu
Bahawa bukan sekadar  kau sayangkan ku malah akulah nyawamu........ :)

My bff

Ini cerita aku nak war-warkan
Merekalah pengubat merekalah penenang
Macam ragam macam peelnya
Bff la katakannnn....

Mula-mula Ilyani namanya
Takut tgk mak aiii garangggnya
Tapi orangnya lembut hatinya
Pembela nasib kami kawannya

Liza ni innocent orgnya
Tapi bawak keta scary jugak la
Kalau dia marah puting beliung pun kalahnya
Tp kalau dah kenal sayangnya kat diaaa..

Kak azza aka mama hot
Umur dan rupa memang tak sepadan langsung
Nak jumpa sehari memang susah la kot
Tapi comey dia tak dak org boleh challange kot :)

Jihan wahida nama pun baru tau
Glamor kebabom tu dia la tu
Online shopping memang hobi dah
Single mingle x lama dah kot

Cika shaikah kak cik pun bolehla
Rock kapak boyfriend dia pun takut
Mummy sayang oii x leh hidup x dak dia kot
Janji hati baik pun dah cukup

Cerita ceriti ragam kawan-kawan
Tak dak depa ni kurang rasa
Semoga kekal erat persahabatan
In Sha Allah hingga hujung nyawa tetap bersama... :)

Tolong lah Aku

Tolong lah ubati duka ini
Sebelum aku merana sepi

Tolong lah renungi hati ini
Kerna aku sudah tawar hati

Tolong lah warnai hidup ini
Pabila kau lihat cahaya hitam menyelubungi

Tolong lah berikan kasih cinta mu
Tatkala kau lihat aku menyendiri

Tolong lah fahami kekhilafanku ini
Kerna aku tiada yang membimbing

Tolong lah buktikan kesetiaanmu
Kerna aku sudah sangsi padamu

Tolong lah dekati jiwa ini
Tatkala ku rasa kau jauh dariku

Tolong lah nyanyikan puisi ini
Kerna ini lah bingkisan hati  ku :)

Jem

Eh eh.... jem lagi
Bapak kata "mana rotinya"
Mak kata "x mau p mana la kalau macamni"

Eh eh..... jem lagi
Harris kata "mummy mana ipad harris"
Ayah kata "adoi jenuh la kalau jem lagi"

Eh eh... jem lagi
Orang sebelah kata dalam hati "potong lane best ni"
Lagi sebelah kata "apa jadik ni, org tengok accident la ni"

Eh eh jem lagi
P mana-mana pun sama camni
Sabar la ya hati
Ingat yang tersayang sedang menanti :)

Anakku Harris

Alahai Muhammad Harris
4 tahun meningkat usia
Tambah hemsem kacak bergaya
Bijak bicara soleh juga

Alahai Muhammad Harris
Sawo matang kulitnya
Rambut spiky macam ayahnya
"Dulu-dulu"
Mata nya haih menyentap jiwa
Macam mummynya
"Dulu kini dan selamanya"

Alahai Muhammad Harris
Tanpanya aku gila
Tiadanya aku resah
Sepinya aku gelisah

Alahai Muhammad Harris
Senyumnya pengubat lara...
Mengganti yg tiada
Sayang mummy selamanya.....

Maaf

Maaf pembuka bicara
Maaf tersasul kata
Maaf terkilan terasa
Maaf tak tertegur sapa
Maaf terbuat tak sengaja
Maaf perangai kalau tak suka
Maaf terlarik tajuknya
Maaf tak dpt bersama
Maaf tunggu lama-lama
Maaf memang tak sengaja
Maaf terambil kuih raya
Maaf tertera blog menyiksa jiwa
Maaf status fb terusik minda
Maaf gambar instagram menyucuk mata
Maaf twitter tak tertapis suara
Pokok pangkalnya....
Salam dihulur, maaf dipinta.....

Tengok-tengok

Tengok-tengok manusia ketawa ria
Tengok-tengok ada pula gundah gulana
Tengok-tengok anak-anak melompat suka
Tengok-tengok si dara dan teruna bercanda
Tengok-tengok ibu ayah bergurau senda
Tengok-tengok semuanya ada tak kira bangsa
Tengok-tengok daun kering melayang entah kemana
Tengok-tengok pancutan air indahnya suasana
Tengok-tengok aku yang sedang bercerita
Tengok-tengok si dia yg masih bekerja
Tengok-tengok pentas dunia...
Macam-macam cerita macam-macam cara... :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua.... maaf dan ampun dari hujung kaki hingga ke hujung rambut atas salah silap , terkasar bahasa atau perbuatan yg menyakiti hati semua adik beradik sanak saudara dan sahabat handai... semoga raya ini member sejuta keberkatan dan keindahan buat semua...

Sekian  lama rasanya bb menyepi diri tanpa blog atas sebab2 yang tertentu...tapi yg pasti bb rindu sgt2 nak menulis....

So... tahun ni beraya di KL selama 2/3 hari... disebabkan mr.hubby keja mencarik rezeki untuk kami...jd berayalah kami disini...mulanya x terasa sendunya.. tp lepas sembahyang raya mr.hubby nak kena pegi keja... baru lah terasa kesyahduannya. Barulah terasa hari raya itu amat bermakna... hmmmm tanpa suami terasa sunyik.. yerasa x cukup syarat. Huhu tp... kami redha kerana itulah rezki kami... :) selamat bekerja sayang.....

So... harini.... menanti jika ada sahabat handal yg datang beraya.. sambil tengok tv.. main candy crush.. chatting with the girls.
. Hehehehehe... not much to do but cant wait for him to get home...

Selamat hari raya buat semua.. buat yg bekerja... selamat bekerja. Buat yg sedang bercuti.. happy holiday... luv u all....muahssss...

The end..

Office politics

Office politics.... Ever happen to ur company? I am damn confident its happen to all of us.. No matter where u werk.. Government or private sectors... Aywhere..everywhere.. :(

The poor get poorer..the rich much richer.. The good always left behind, but the bad always shine as star... :) thats wat happening now.. In life or werk. The principal almost the same..

By any chance, you r werking with a free politic company, you are a very lucky one.. The chosen one may b.. :) heheheh.. Hmmm wat happen now, people aka bosses juz can ignore or deleted you juz like that without thinking how the staff feel..and other staff who has been appraised by all will juz said its not their fault..

Hmmm.. Lumrah hidup kan... Senangnya di tendang cam bola.. Dicampak cam sampah.. Dikutip blk tuk dikitar semula...or watever u called it.. Hmmm x tau la mcamana ...Sedangkan as fren pun terasa.. Ni kan klu kena kat diri sendiri...

Bb doakan yg terbaik buat my good fren.. Dugaan atas penghijrahanmu.. Ada hikmah disebaliknya.. Wat we as fren can do is to give u morale support.. To b the shoulder to cry on.. To be the ears whenever u wanna talk... To be the teddy bear whenever u wanna hug... Allah SWT dah merancang yang terbaik buat kita.. Tuhan sayang kat kita sbb tu kita diuji... Semoga tabah hadapinya.. :) berat mata memandang berat lg bahu yg memikul... bb doakan yg terbaik buatmu :)

-The end-

Happy bornday my precious

Happy birthday to my precious Yusuf Amirul Iskandar... I wish all the best for you and Adam.. May you have a good life, happiness, a loving family, great health and may you n Adam will always be under His protection....

It took me few days to write this entry, but for sure i misses u both a lot.. Eventhough i knw u both might wondering where r we n y we r apart but i juz want both of u to know that i never want this to happen... Juz be safe there.. Take good care both of u...

Let the burden be in me coz i dun want other people to feel sympathy by reading this entry..or others will feel "muak" with my writing, but juz wanna say... Miss n luv u both so much..each and every second..

Happy birthday my dear yusuf...

Luv ,
Mummy, ayah n harris

January & February 2013 - a lump sum story

Hi Hello;

Rasanya macam pernah menulis di Tahun 2013 ni rupanya satu entry pun x dak lg.. pelik tp benar tu lah hakikatnya..hmm bz with family and work so mood nak tulis tu hilang sekejap.. harini tiba2 rasa nak menulis walaupun yg nak ditulis tu bnyk sgt tp x tau nak start kat mana... huhuhuhuhuh...

First of all happy belated New Year 2013, Salam Maulidur Rasur, Happy Thaipusam, Happy Valentine dan semua happy la untuk yg berkenaan yg dan termasuklah happy birthday buat semua  menyambutnya.. sesungguhnya bb mendoakan yang terbaik buat semua... semoaga mendapat segala yang diingini dan berbahagia selalu..

Hmm personal life? well... a better start in 2013.. In Sha Allah dipermudahkan segala urusan.. semoga segalanya berjalan lancar.. Harris pun dah start school.. suka sgt dia.. :) happy to c him excitd every morning and excited to hear the story each time after picking him up.. :) so so happy tp c him happy..

Werk... so far ok.. tp sangat la the bz... skip all the bzness... smlm ada DRH Superhero Symposium, my first annual dinner depanjang hidup menjadi pekerja ni kan.. sgt2 suka wpun sgt the bz menjadi committee yang menjaga lucky draw and all the prizes.. menu makanan pun x sempat nak tgk apa dia.. tp happy sgt la... tema nya SUPERHERO.. bb involve jugak dalam Flashmob where we have drama and the dancing part... bb kena part Gangnam Style.. heheheheh terbaik... dan bb berjaya menarik boss bb dance sama2... hmmm as for the costumes mmg terbaik la... semua very sporting.. me became Sailorcute aka Sailormoon.. Motifnya bb mmg minat Sailormoom..and the other reason is that, everybody is superhot and supersexy.. so dicadangakan bb menjadi supercute... sbb bb akan naik stage all the time... kekekee.. the show also great.. the MC also very talkative.. and the door gift was marvelous... bb x sempat ambil gambar but nnt bb uploadkan gambar goodie bag... Bb dpt lucky draw ticket to kidzania.. Alahamdulillah rezeki walaupun the Grand Prize is TV 42inch, ipad mini 6 bijik, ps3, samsung note and a lot more. hehehehe but so happy to be in the committee and in the company. Thank you to Soraya for giving me the opportunity and the trust.. realy appreciate it.. so happy walaupun sangat letih and flat the next day.. :)




So, wat else to tell ya.. actually a lot a lot a lot... :)

-The end-