Kawan

Bila aku sakit
Kawan-kawan sering menasihati
Tatkala aku salah
Merekalah yang meleteri
Aku tahu mereka sayangku
Oleh sebab itu aku suka dimarahi
Walaupun aku banyak kurangnya
Namun ku di terima dengan seadanya
Ampuni aku jika ada yang terasa
Kerana ada ketikanya aku leka
Tak berniat nak mengguris rasa
Pabila aku menjadi perantara
Namun aku cuba tidak mengeruhkan suasana
Wahai kawan yang aku cinta
Terima kasih atas segalanya
Kerana terima aku walau aku tak sempurna
Sayang korang semua....... :)

Aku lah nyawamu...

Ku sangka kau x kisah
Ternyata aku salah
Ku fikirkan kau dah berubah
Fikiranku hanya lah anggapan semata
Ku risau kau tak endah
Malangnya aku jauh menggelabah
Ku sangsi hati mu berpecah belah
Rupanya hatiku yang kecoh
Ku cuba nak pasrah
Namun sayu hati meruntun gelisah
Ku cerita salah silahmu
Yang pasti itu hanya helahku
Ku ingin uji cintamu
Yang ku uji sebenarnya setiaku
Ku tau kau sayangkanku
Akhirnya aku sendiri yang tahu
Bahawa bukan sekadar  kau sayangkan ku malah akulah nyawamu........ :)

My bff

Ini cerita aku nak war-warkan
Merekalah pengubat merekalah penenang
Macam ragam macam peelnya
Bff la katakannnn....

Mula-mula Ilyani namanya
Takut tgk mak aiii garangggnya
Tapi orangnya lembut hatinya
Pembela nasib kami kawannya

Liza ni innocent orgnya
Tapi bawak keta scary jugak la
Kalau dia marah puting beliung pun kalahnya
Tp kalau dah kenal sayangnya kat diaaa..

Kak azza aka mama hot
Umur dan rupa memang tak sepadan langsung
Nak jumpa sehari memang susah la kot
Tapi comey dia tak dak org boleh challange kot :)

Jihan wahida nama pun baru tau
Glamor kebabom tu dia la tu
Online shopping memang hobi dah
Single mingle x lama dah kot

Cika shaikah kak cik pun bolehla
Rock kapak boyfriend dia pun takut
Mummy sayang oii x leh hidup x dak dia kot
Janji hati baik pun dah cukup

Cerita ceriti ragam kawan-kawan
Tak dak depa ni kurang rasa
Semoga kekal erat persahabatan
In Sha Allah hingga hujung nyawa tetap bersama... :)

Tolong lah Aku

Tolong lah ubati duka ini
Sebelum aku merana sepi

Tolong lah renungi hati ini
Kerna aku sudah tawar hati

Tolong lah warnai hidup ini
Pabila kau lihat cahaya hitam menyelubungi

Tolong lah berikan kasih cinta mu
Tatkala kau lihat aku menyendiri

Tolong lah fahami kekhilafanku ini
Kerna aku tiada yang membimbing

Tolong lah buktikan kesetiaanmu
Kerna aku sudah sangsi padamu

Tolong lah dekati jiwa ini
Tatkala ku rasa kau jauh dariku

Tolong lah nyanyikan puisi ini
Kerna ini lah bingkisan hati  ku :)

Jem

Eh eh.... jem lagi
Bapak kata "mana rotinya"
Mak kata "x mau p mana la kalau macamni"

Eh eh..... jem lagi
Harris kata "mummy mana ipad harris"
Ayah kata "adoi jenuh la kalau jem lagi"

Eh eh... jem lagi
Orang sebelah kata dalam hati "potong lane best ni"
Lagi sebelah kata "apa jadik ni, org tengok accident la ni"

Eh eh jem lagi
P mana-mana pun sama camni
Sabar la ya hati
Ingat yang tersayang sedang menanti :)

Anakku Harris

Alahai Muhammad Harris
4 tahun meningkat usia
Tambah hemsem kacak bergaya
Bijak bicara soleh juga

Alahai Muhammad Harris
Sawo matang kulitnya
Rambut spiky macam ayahnya
"Dulu-dulu"
Mata nya haih menyentap jiwa
Macam mummynya
"Dulu kini dan selamanya"

Alahai Muhammad Harris
Tanpanya aku gila
Tiadanya aku resah
Sepinya aku gelisah

Alahai Muhammad Harris
Senyumnya pengubat lara...
Mengganti yg tiada
Sayang mummy selamanya.....

Maaf

Maaf pembuka bicara
Maaf tersasul kata
Maaf terkilan terasa
Maaf tak tertegur sapa
Maaf terbuat tak sengaja
Maaf perangai kalau tak suka
Maaf terlarik tajuknya
Maaf tak dpt bersama
Maaf tunggu lama-lama
Maaf memang tak sengaja
Maaf terambil kuih raya
Maaf tertera blog menyiksa jiwa
Maaf status fb terusik minda
Maaf gambar instagram menyucuk mata
Maaf twitter tak tertapis suara
Pokok pangkalnya....
Salam dihulur, maaf dipinta.....

Tengok-tengok

Tengok-tengok manusia ketawa ria
Tengok-tengok ada pula gundah gulana
Tengok-tengok anak-anak melompat suka
Tengok-tengok si dara dan teruna bercanda
Tengok-tengok ibu ayah bergurau senda
Tengok-tengok semuanya ada tak kira bangsa
Tengok-tengok daun kering melayang entah kemana
Tengok-tengok pancutan air indahnya suasana
Tengok-tengok aku yang sedang bercerita
Tengok-tengok si dia yg masih bekerja
Tengok-tengok pentas dunia...
Macam-macam cerita macam-macam cara... :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua.... maaf dan ampun dari hujung kaki hingga ke hujung rambut atas salah silap , terkasar bahasa atau perbuatan yg menyakiti hati semua adik beradik sanak saudara dan sahabat handai... semoga raya ini member sejuta keberkatan dan keindahan buat semua...

Sekian  lama rasanya bb menyepi diri tanpa blog atas sebab2 yang tertentu...tapi yg pasti bb rindu sgt2 nak menulis....

So... tahun ni beraya di KL selama 2/3 hari... disebabkan mr.hubby keja mencarik rezeki untuk kami...jd berayalah kami disini...mulanya x terasa sendunya.. tp lepas sembahyang raya mr.hubby nak kena pegi keja... baru lah terasa kesyahduannya. Barulah terasa hari raya itu amat bermakna... hmmmm tanpa suami terasa sunyik.. yerasa x cukup syarat. Huhu tp... kami redha kerana itulah rezki kami... :) selamat bekerja sayang.....

So... harini.... menanti jika ada sahabat handal yg datang beraya.. sambil tengok tv.. main candy crush.. chatting with the girls.
. Hehehehehe... not much to do but cant wait for him to get home...

Selamat hari raya buat semua.. buat yg bekerja... selamat bekerja. Buat yg sedang bercuti.. happy holiday... luv u all....muahssss...

The end..