DIA

This is for u.... ---> click here for the song

Di suatu hari
Tanpa sengaja kita bertemu
Aku yang pernah terluka
Kembali mengenal cinta

Hati ini kembali temukan
Senyum yang hilang
Semua itu karena dia

Oh Tuhan, ku cinta dia
Ku sayang dia, rindu dia
Inginkan dia

Utuhkanlah rasa cinta di hatiku…
Hanya padanya, untuk dia

Jauh waktu berjalan kita lalui bersama
Betapa di setiap hari, ku jatuh cinta padanya
Dicintai oleh dia ku merasa sempurna
Semua itu karena dia

Oh Tuhan ku cinta dia
Ku sayang dia, rindu dia
Inginkan dia
Utuhkanlah rasa cinta di hatiku
Hanya padanya, untuk dia

oh Tuhan ku cinta dia
ku sayang dia, rindu dia
Inginkan dia
Utuhkanlah rasa cinta di hatiku
Hanya padanya, untuk dia, hanya padanya
Untuk dia

What "HAPPINESS" means to you...!!!

How materialistic us human being..we all strive for things, power, money...etc etc....while thinking that this will give us HAPPINESS.... :) intro kemain kan....

Bb dah lama pikir pasal ni...bg sesetengah org..kena ada duit br happy..klu x dak duit merana..tp mmg la kan..x dak duit mmg susah la nak hidup kan...tp lagik skali...klu bnyk duit mmg kompom ka leh happy??? persoalan yang masing2 diri sendiri ja leh jawab sebab kehendak dan keperluan masing2 x sama...

Hmmm...klu ditengokkan dalam kehidupan seharian kan..mmg kita leh tgk la...zaman skang apa yg penting dalam hidup x kiralah berpasangan atau single....semua kena ada...especially duit...dan ada jugak org sanggup kahwin , dengan syarat ada duit...tp hidup x pernah bahagia pun..ish cmn tu ya...pelik tp benar..it does happen...

Just sharing, kebahagian bg bb, apabila tengok Harris senyum, gelak walaupun dalam hati bb tuhan ja yang tau. Kebahagian bg bb apabila diri bb disayangi dan lg bahagia kalau bb juga boleh bg kasih sayang tu semula. Tapi, sekali lagi berbalik kepada perlu kah duit untuk bahagia? Jawapan bb sekerasnya adalah perlu. Camana nak bahagia kalau hari2 berpikir pasal duit, pasal hutang, pasal ancaman org yg kita berhutang. Camana nak bahagia kalau hari2 kena pikir macamana nak lalui hari demi hari.. kadang2 org cakap tu semua dugaan. Kita kena redha. Ya memang bb redha. Alhamdulillah, ada hamba2 Allah yang terlalu mulia hatinya. Membantu dan memberi kasih sayang dalam masa yang sama. Tidak meminta apa2 balasan. bb bersyukur sangat dan sentiasa mendoakan agar Allah memberi segala rahmatNya pada mereka yang banyak berkorban membantu bb selama ni.

Kadang2 bb melihat dari sudut lain, punyai segalanya tapi masih tak bahagia. Ada beberapa orang yang bb kenal dan bb pelik, ada duit pun x happy, camana tu? mungkinkah mereka tak bersyukur atau mungkin mereka mahu lebih dari itu. Apa nak semua dapat. Nak prada, gucci, coach, makan di hotel, pergi melancong, semua dapat. Tak kan semua tu tak bg bahagia. serius pelik. Bila bb tanya balik, rupanya mereka nakkan perhatian. Bukan saja dari bentuk wang ringgit tapi juga perhatian. Hmmm, pelik sungguh aih. 

Bb kalau dapt shopping beli Pandora sebijik pun dah melompat.. dapat makan Baskin Robbin 1 tub tu dah kira nikmat sgt.. ni kan kalau dapat coach ka sebijik. Mau tdoq sengeh ja hahahah...Tu definisi bahagia bb. Bagi org lain mungkin da cukup muak dengan semua tu. Bb dah dpt kasih sayang yg meluas. Bb ada anak yg sentiasa doakan bb sentiasa ingtkan bb untuk ingtkan dia.. sentiasa tunggu bb balik dengan kasih syg dan peluk cium, sentiasa peluk bb di saat nak tdoq. Sentiasa pegang tgn bb agar bb x hilang sentuhan dia. Bb ada teman yg cukup istimewa yg sentiasa mendengar keluh kesah bb, sentiasa membantu bb waktu bb susah, sentiasa mencurahkan kasih sayang yang melimpah ruah, tidak pernah putus asa untuk ingatkan bb segala memori.. bb bersyukur untuk itu. Itu la HAPINESS bb.

Jadinya definisi bahagia ni sangat berbeza bg setiap individu... bawak kereta laju juga adalah satu kebahagiaan bagi bb hahahaha... ada anak banyak pun kebahagiaan (ni bukan bb la..cukupla dah ada 3)... ada duit banyak pastinya jugak satu kebahagiaan... so..

Tepuk dada tanya hati 

-the end-

Mengigau | Somniloquy

Happy weekend everybody..

Lama tak tulis blog, so harini sebab bb x boleh bergerak sgt, terpikir nak tulis something.. This been happening to me since bb remaja rasanya..

Mengigau.. 

Rasanya benda ni normal kot bagi sesetengah org.. contohnya macma Harris kalau letih ada latihan bola atau renang, malam tu sure mengigau.. selalu bb akan cakap " Harris tak basuh kaki ya semalam sebab tu mengigau". Hakikatnya Harris mengigau sebab condition badan dia terlalu letih. 

Pernah jugak jadi, bila Harris tengok cerita seram, malam2 dia akan mengigau menangis menjerit2.. tapi bila bangun pagi, dia x ingat langsung apa yg dia jerit smlm. And that night freaking me out sbb cara dia jerit macam dia nampak benda2 halus ja depan dia... Wallahualam..

Kes mengigau macam bercakap, menangis even org sebelah kena penampaq rasanya benda normal kita pernah dengar kan. Bb ada kawan macam tu. Dok elok2 tdoq sebelah dia, x pasai ja kena tendang turun katil. Free ja sakit. Rasa nak sepuk ja. Nasib baik dia mengigau. hehehe

Bb memang jenis yg kuat mengigau. Becakap dan menangis tu memang normal sangat la. Sebab, waktu tdoq kita mimpi kan, dan apa yg jadi dalam mimpi tu buat kita bercakap di luaq mimpi. Tp pernah satu masa dulu, waktu bb tinggal dekat kondo dengan akak, bb bangun tidoq pergi dapuq, bancuh melo dan tidoq balik. Tak tau la tu normal ka dak tapi menakutkan la. Kes lain, bb pernah bangun tidoq, berjalan dalam rumah dan tidoq kat balkoni. Bayangkan rumah masa tu tingkat 18, balkoni x dak grill. Open balkoni la.  Nauzubillah, nasib baik la tak jadi apa. Yang bb ingat, bb sedaq2, dok tidoq elok ja dekat balkoni merekot sejuk.

Dulu ngan kawan2 suka kacau bb masa tdoq jugak. Setiap kali bb mengigau, drang akan tanya soalan pelik2. siap rekod lg.. bayangkan masa tu.. apa ja drang tanya bb mesti jawab. betoi ka dak jawapan tu bergantung la hahahah... benda2 sensitif pun drang tanya..adeh... pecah rahsia habis. Seb baik kawan2 semua leh percaya, tapi kena bahan la seumuq hidup.

Bb banyak mengigau berjalan. Dalam rumah sekarang rasanya, mana tempat yang bb tak pernah tdoq sebab mengigau. Dapuq, ruang tamu, bilik ayaq, store semua dah pernah bb tdoq. hehehe.. 

So, tu la. Kadang memang ada kajian menyatakan, mengigau tu tanda2 untuk Dimentia / Amnesia. Tapi kadang pun risau la jugak kan. Mana tau duduk kat chalet tiba2 ngigau p tdoq tepi laut. Jenuh.. Mintak simpang tak jadi la kan.

So, thats all for sharing today. Boring eh. hehehehe... 

Happy Sunday again, have a great day :)

-the end-