Betapa gembiranya kami sekeluarga apabila di khabarkan berita bahawa anak ke-3 ku dijangka akan melihat dunia pada 19 Ogos 2009.Segala persiapan telah pun dibuat bagi menyambut kehadirannya, apatah lagi Ramadhan dan sambutan kemerdekaan juga bakal menjelma.
Perasaan gemuruh bergaul cemas kerap menjelma kala meniti hari-hari akhir kehamilanku.Gusar dan gundah menyelubungiku dan suami apabila bayi yang dijangka masih belum bersedia untuk keluar tika lewat 2 hari dari tarikh jangkaan.
1 Ramadhan,kejutan buat suami bila titisan darah menjadi tanda awal kontraksi.Alangkah terkejutnya diriku bila dikhabarkan oleh doktor bertugas bukaan serviks ku adalah 4 cm.
Suamiku dipanggil bersama apabila bukaan serviks ku disahkan 7 cm. Atas kepantasan dan kebijaksanaan doktor dan juga jururawat, mereka dapat mengesan tali pusat anakku berada di bawah bukaan dan disusuli kepalanya.Ditakuti apabila kepalanya menyusuri keluar, ini akan membuatkan tali pusatnya tersepit dan bekalan oksigen mungkin terganggu.
Dalam pada masa itu, doktor hanya mampu menahan kepalanya dari keluar terus ke bukaan sebelum dipindahkan diriku ke Dewan Pembedahan.Yang lucunya, doktor terpaksa duduk diatas katil bergerak bersamaku sambil tangannya menahan kepala anakku dari terus keluar sepanjang proses pemindahan dibuat.
Saat yang amat mengharukan dalam hidupku, suami menemani ku sepanjang proses kelahiran…tetapi satu saat yang tak pernah dapat aku lupakan..apabila tiba di bilik pembedahan, doctor meminta suamiku untuk menyalami tanganku,,masih ku ingat detik itu…yg terdaya aku katakan di saat itu “ I luv U”… itu sahaja yg terdetik dalam hatiku di saat menahan keskitan yang teramat….ku lihat wajah suamiku kerisauan dan tidak keruan ..namum aku tahu disudut hatinya….dia amat menyayangiku dan ingin aku dan anakku ini selamat…..
Alhamdulillah anakku Muhammad Harris Mikhail selamat keluar pada 23 Ogos 2009 jam 00:36 pagi seberat 3.68 kg.
Atas pengalaman yang dilalui buat kakitangan Hospital Ampang, terima kasih diucapkan diatas keprihatinan dan sifat bertanggungjawab yang diamalkan ikhlas dari aku dan suami.
-The End-
3 comments:
comei mikhail..mcm makpak die gak! bole la mak cop anak ikan nih..hahahah
tahniah kak;) bby yang amat comel, sesuai pulak ngan name dier;) tahniah once again ek..
tq tq.....nak cop ka...bole...bole...tapi kasik up skit la ko nyer susuk tuh...huhuhuuh.....
bie(malas nak log in)
Post a Comment