Bb x berkesempatan nak update blog ni semperna tahun baru 2010...hmmm..rasa macam x wujud tahun 2010..memandangkan terlalu banyak perkara lain yang bermain dalam kotak minda ini....
29/12/2009 - Hasil kekejaman Manusia....Perginya seorang insan iaitu bapa mertuaku. Beliau telah meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak lelaki. Salah seorangnya adalah hubby Bb..merupakan anak yang sulong yang kini memikul tanggungjawab selaku ketua keluarga...hmmm...meninggal di Hospital Seremban pada jam 3.30 pagi mengejutkan semua ahli keluarga...termasuklah hubby yang baru sahaja smpi ke Langkawi untuk memulakan tugasnya..pagi 29/12 Bb masih berada di office kerana menunggu hubby untuk sampai ke KL Sentral dari Langkawi. Pukul 1 ptg kami bertolak balik ke Kampar.. lebih kurang pukul 4 ptg baru sampai memandangkan terpaksa berhenti2 kerana membawa anak kecilku ini..Sian Harris...Sesampai di rumah kampar...sempat jugak hubby n amad melihat jenazah arwah dan kemudian terus di bawa untuk disembahyangkan dan dikebumikan...Alhamdulillah segalanya selesai...Bb kesian tgk mak yang sentiasa merenung jauh mengenang abah..mana taknya...dah hampir 30 tahun hidup bersama..tidak pernah berpisah...setiap kali melihat kerusi malas di depan pintu, tempat abah duduk sewaktu sakit menitis air mata mak..setiap kali hendak makan....bergenang air mata...setiap kali melihat dan tercium baju abah....sayu hatinya...dan setiap apa pun yang mak buat....terharu kami melihatnya..tp apakan daya...dan Bb ingat lg , seminggu sebelum pemergiannya...arwah menyatakan dia teringin sangat melihat cucu, menantu dan anaknya..takut2 nanti x sempat..bila diingatkan semula...alhamdulillah hajatnya tercapai kerana kami sekeluarga pulang secara mengejut..saja nak surprise kan abah..dan Bb ingat lagik masa tuh kami ramai2 makan ais krim jagung..abah tambah 3/4 kali...hmmm..namum begitu...kami sekeluarga meredhai pemergian abah...sesungguhnya Tuhan lebih menyayanginya....Hmm sama2 la kita sedekahkan Al fatihah buat arwah agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin
5/1/2010 - Hari ni, Hubby bertolak ke Langkawi..Bb hantar hubby kat KL Sentral sbb nnt takut lambat ambik Harris kalau hantar ke LCCT...terasa syahdu bila mengenangkan Bb juga x pernah jauh dari hubby..tambah pulak denga kehadiran Harris..menambah kesayuan di hati kami..namum...kami redha..jika ini rezeki kami...kami terima dengan hati terbuka...demi masa depan kami sekeluarga..terutamanya harris..kami berkorban...buat suamiku..tabahkan hatimu mengahadapi dugaan ini..walaupun pemergian abah masih dirasai, namum hidup kita harus diteruskan..tanggungjawab kita harus dilaksanakan..semoga, ini adalah Lembaran Baru buat kita dlam mencorak hidup kita di tahun 2010 dan akan datang..Bb doakan abg berjaya. Bb dan Harrris sentiasa bersama abg....miss u a lot...muahssss.
-The End-
4 comments:
sayu n syahdu mendengarnya..semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yang beriman..~amin~
Amin...kita redha dengan pemergiannya..dan kita yg masih hidup ni harus teruskan hidup dengan kenangan manis arwah bersama....
sgt syahdu shingga mnitiskn airmataku.. harap b n aril sbr dlm mnmpuh ujian Allah.. InsyaAllah
be strong k...
Post a Comment