Selamat Malam kawan2 yg disayangi dan menyayangi bb...
Tatkala ni satu peristiwa yang bb rasa cukup menguji keimanan dan ketabahan bb sebagai seorang manusia selaku seorang perempuan, isteri, adik serta anak di dunia ni...hmmmmmmmmm... di kala ni jugak la bb terimbas segala apa yg terjadi dengan bb yg melibatkan peristiwa yang terjadi ni... :)
Sudah ternyata kita bukan sentiasa di bawah..hidup kita umpama roda yang berputar..semua orang tahu pepatah tuh... roda yang berputar...kadang2 dibawah dan kadang2 di atas..tp kadang2 kita x pernah sedar sebenarnya benda tu sedang terjadi...itulah manusia...
Teringat kisah di tahun 2011, Bulan Mac ketika bb sedang bergelut dengan kesakitan kaki yang teramat ini...ketika kewangan melangkaui batasan punca..ketika hidup kami terumbang menahan gelora... dan ketika derita hanya Tuhan saja yang tahu sebab nya.... di kala itu juga.. aku merayu setiap kali menerima "sms" dari mereka..merayu untuk ku kembalikan apa yg menjadi hak mereka yg kupinjam itu agak dilewatkan..merayu memohon simpati hanya kerana kau Ringgit Malaysia Dua Ratus.....hmmmm, aku dipukul ombak bila ibu pula dikhabarkan berita itu..seolah aku ini x reti mengenang dek untung...meminjam dan tidak mahu memulangkan..x pernah ada niat..akan bb usahakan selesaikan apa yg tertunggak cuma masa x menyebelahi...cuma apa yg bb mintak hanyalah sedikit masa... namun apa yg bb dpt setelah rayuan dan belas simpati yg diminta???hanya lah ini ..
"Nak mintak duit sendiri pun susah ka?" hmmmm.. begitu hebat...terasa hina ditohmah begini..dari org yang terlalu rapat..pernah pula tidur sekatil..sebantal tu tipu la..di saat itu..perasaan ini tak siapa peduli..sakit dihati malampaui sakit kaki yang aku alami...tp Tuhan saja yg tahu..... dan mereka...??? hanya begitu.......... (selesai sudah hutangku di saat itu juga..) biar aku ditetak along jgn dihina oleh sedara sendiri..begitu tanggapanku......tp jgn risau...tak pernah la lagik bb menjejak kaki ke kancah along ni...mungkin belum lg... :)
Kini ia terjadi lg...kerja kami "Captures the beauty, Treasured the moment"..itulah sumber pendapatan sampingan kami...dengan gaji yang x seberapa..bonus lagilah x diharap...raya pula bakal menjelma..inilah sumber kami untuk membeli baju raya anak2, persiapan raya yang x seberapa dan selesaikan apa2 yang patut.... yang terjadi kini sebaliknya... peringatan buat yg bakal mengupah org..atau mengambil perkhidmatan org.. simpanlah duit bayaran disuatu sudut...lambat laun kena bayar jua kan... jgn terpakai kerana bila sampai masa kelam kabut jdnya....
Hmmm, ceritanya kini, semua sudah siap..kami mengumpul dana yg ada dengan harapan dapatlah melengkapkan raya tahun ini walau x seberapa..dengan kaki yang sakit semula ini... dengan masalah kewangan yg x putus2.. ada saja dugaan nya... salahku atau salah mereka.. katanya tidak cukup duit..perlu bayar itu dan ini... perlu beli kelengkapan raya.. hbs kami bagaimana? dibiarkan terkontang kating.. macam kami ni bnyak duit..macam kami x payah beraya? anakku pun inginkan bj raya..aku pun inginkan kuih raya..sekurangnya biarlah ada sesuatu yang bergelar "RAYA"... hmmmm... x kan kami pula nak merayu..pada org yg sama bb rayu dulu? sedangkan kali ini, ini adalah hak kami..upah kepada perkhidmatan kami...bukan HUTANG.... tapi bb x pernah tergamak untuk berkata "Nak mintak duit sendiri pun susah".. nak hantar sms menegaskan pun bb x tergamak... nnt bermasam muka di hari raya.. bermasam muka sesama sedara... tp bila x hantar... tiada sapa dpt perbetulkan apa yg salah.. tiada sapa membela apa yg hak... tiada sapa yang hirau.....
Kini bb pasti satu perkara, walau bersuara atau tidak..x dak bezanya..sebab raya sudah x kan serupa yang dicita.... pasti situasinya takkan sama... sbb dalam diri kami sekeluarga terasa hiba bersulam rasa terpendam....
Fahamilah, bb x mampu kuasa perasaan..luka lama tetap akan meninggalkan parut dan parut tetap akan luka walaupun telah sembuh.....
Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki buat semua....dari kami sekeluarga...
-The end-
No comments:
Post a Comment