Mereka...

Entri harini berkisar tentang mereka yang paling aku syg.. mereka yang menjadi penghuni 90% hati ini..

Acapkali Harris berkata "mummy, abg ada kan senang" atau "harris rasa nak ajak abg teman" atau "abg napa x datang tgk kita, jom la g rumah abg".. setiap kali pertanyaan dan kenyataan tu terpacul dari bibir nya.. aku kaku kelu membisu.. tiada jawapan yg pasti hanya angan-angan menjadi pengganti.. mahu tak mahu.. aku harus berikan jawapan yg pastinya aku tahu, dia akan bertanya lagi..

Maafkan mummy Harris..sesungguhnya aku sendiri tak pasti hakikat sebenar untuk bersama suatu hari nanti akan menjadi realiti.. sesungguhnya setiap baris ucapanku iti hanyalah ungkapan manis yg aku tak pasti akan bertahan kemanisannya..yang aku pasti.. bahawasanya aku sendiri tak pasti mungkinkah kita kan bersama suatu hari nanti..

Aku masih terngiang helai tawa mereka mandi bersama 5 tahun yang lalu.. mencoret bedak pada adiknya yang baru 1 tahun..memakai pampers adiknya yang br beberapa kali berjumpa..namun..ikatan itu sangat kuat.. hingga menggugat jiwa raga ku melepaskan mereka pulanh..mengikat naluriku untuk terus menjerit..aku masih ingy pelukan erat mereka sblm pulang.. seolah kami akan menjadi orang asing sekali lg.. yang entah bila lagi pertemuannya..

Namun.. satu yang aku kagumi.. mereka adalah darah dagingku.. meraka adalah penyambung warisan ku.. mereka adalah legasiku.. dan walau berpuluh tahun pun mereka terpisah.. darah yang mengalir takkan berubah haknya.. kerana mereka adalah AKU..

Suatu hari nanti...

18 March 2015

Bukan berniat menyendiri pada tarikh ini.. tetapi sesiapa yg cukup mengenali aku.. tarikh ini memberi sejuta makna dalam hidup aku.. bertarung nyawa berseorangan demi melihat cinta hati yang pertama..hmmm..

Meskipun hati ini sudah redha dengan perpisahan sementara ini..tidak pernah sedetikpun aku lenyapkan segala memori yang terpahat dlm ingatan aku.. tidak pernah sesaat pun aku tidak berdoa untuk kebahagiaanya.. tidak pernah setitis airmata pun yg tumpah ini bukan untuk dia...segalanya untuk dia.. untuk mereka yang akan mengusung kerandaku satu hari nanti..

Sepinya aku bukan kerana kecewa...hilangnya aku bukan kerana sedih.. tetapi ingin bersendirian menyambutnya dalam mimpi..kerna itu saja yang mampu aku lakukan setakat ini..jadi usah kau pertikai kenapa aku menyepi.. kerana ini  bukan untuk kau.. tetapi untuk insan yang menjadi tunggak cinta aku...

Selamat Hari Jadi Sayangku..semoga kau sentiasa dilindungiNya..dilimpahai kurniaanNya..disayangiNya..semoga menjadi yang soleh.. semoga suatu hari nanti kita akan bersama.. bergabung cinta yang sepatutnya milik kita..aku sangat-sangat menyayangi dan merinduimu.......

Satu Hari Nanti...