Bukan berniat menyendiri pada tarikh ini.. tetapi sesiapa yg cukup mengenali aku.. tarikh ini memberi sejuta makna dalam hidup aku.. bertarung nyawa berseorangan demi melihat cinta hati yang pertama..hmmm..
Meskipun hati ini sudah redha dengan perpisahan sementara ini..tidak pernah sedetikpun aku lenyapkan segala memori yang terpahat dlm ingatan aku.. tidak pernah sesaat pun aku tidak berdoa untuk kebahagiaanya.. tidak pernah setitis airmata pun yg tumpah ini bukan untuk dia...segalanya untuk dia.. untuk mereka yang akan mengusung kerandaku satu hari nanti..
Sepinya aku bukan kerana kecewa...hilangnya aku bukan kerana sedih.. tetapi ingin bersendirian menyambutnya dalam mimpi..kerna itu saja yang mampu aku lakukan setakat ini..jadi usah kau pertikai kenapa aku menyepi.. kerana ini bukan untuk kau.. tetapi untuk insan yang menjadi tunggak cinta aku...
Selamat Hari Jadi Sayangku..semoga kau sentiasa dilindungiNya..dilimpahai kurniaanNya..disayangiNya..semoga menjadi yang soleh.. semoga suatu hari nanti kita akan bersama.. bergabung cinta yang sepatutnya milik kita..aku sangat-sangat menyayangi dan merinduimu.......
Satu Hari Nanti...
No comments:
Post a Comment