Hasil Kekejaman Manusia...!!

Kampar, Perak, 20/12/2009
Menyingkap tirai hidup Pak Salleh aka bapak mertuaku...seorang yang ceria, bapa yg penyayang, tidak siapa pun menyangka hidupnya kini diselubungi seribu pertanyaan..6 bulan lalu, abah dikatakan terkena serangan jantung dan telah dimasukkan ke hospital Ipoh untuk rawatan lanjut...ekoran daripada rawatan itu, doktor mendapati hanya sedikit permasalahan jantung yang membabitkan organ lain. namun begitu, masalah air yang terlalu bnyk, dan sistem badan yang tidak berfungsi dengan betul membuat kan semua kandungan air di dalam badan berkumpul di bahagian kaki..ada spekulasi menyatakan bahawa, kerana berhenti merokok secara mendadak adalah penyebab terjadinya simptom sedemikian...namun setelah berkali2 keluar masuk hospital, abah kini terlantar di rumah dengan permasalahan yg tiada jalan penyelesaian...hujung minggu kami pulang ke Kampar, dengan harapan abah sudah sihat....hmmm, sesampainya di rumah, melihat kegembiraan semua sekeluarga bertemu harris terselindung keperitan dan pernderitaan abah....sayu dan sebak hati ini melihat keadaan abah...dah berapa kali pergi hospital, kerajaan, swasta...da berpuluh dukun dan pengamal perubatan di usahakan...satu pun x menjadi...kesimpulan yang didapati, "ada sahabat terdekat yang iri hati dengan abah, ingin menguji tahap keimanan dan ilmu yang ada didada"..tergamak manusia yang punya akal fikiran sanggup menyiksa hidup org yang sebaik abah...mungkin jika tersalah ckp tanpa disedari, itu adalah rona hidup manusia...tak ada sapa pun di dunia ini yang x melakukan kesilapan..tp apakah dosa seorang lelaki tua ini diperlakukan sebegini...Bb x paham sgt...sifat hasad denki manusia...yang sekadar ingin menguji..apakah logiknya....hmmmm...
Petang sabtu, abg serta adik2 nya membawa abah ke satu pusat perubatan islam yang pernah mengubati abah sebelum ini....di Ipoh rasanya...kami menanti di rumah dengan penuh tanda tanya....pukul 10mlm baru balik...abg cerita apa yang terjadi dan dilihat sewaktu proses mengubati...katanya, ramai lagi pesakit yang seperti abah..malah ada yang lebih teruk...
Ada seorang pesakit, pasangan suami isteri yang baru berkahwin hampir 8 bulan..si isteri dilihat menggaru2 badannnya...dan tubuhnya amat kurus..kata abg...si suami juga kelihatan tidak menentu keadaannya...pengamal perubatan itu bercerita, sejak berkahwin, pasangan ini tidak pernah bersama...asal disentuh si isteri akan mengalami kegatalan diseluruh badannya...angkara bekas tunangnya yang marah kerana pertunangan mereka di batalkan lantas berkahwin dengan suaminya sekarang...si isteri setiap kali bercerita mengenai keadaan dirinya akan menangis mengenangkan nasibnya...sebak dan sayu melihat suaminya yang sabar dan menyayangi isterinya yang sakit itu....lantas abg berkata...bagaimana agaknya kalau semua dugaan ini terjadi pada kami...mengalir air mata ini mengenangkan pernderitaan pasangan itu....betapa kejamnya manusia di zaman ini....
Seorang pesakit lagi, melibatkan sebuah keluarga yang telah kehilangan anaknya yang berusia 3 bulan akibat terkena tempias kekejaman manusia juga..kerana mungkin irihati dengan perniagaan yang menguntungkan, org lain dengki untuk melihat kesenangan keluarga ini...akibatnya...anaknya yang berusia 3 bulan itu meninggal kerana tidak tahan dengan seksaan yang terkena padanya..apakah salah si kecil yang tidak tahu apa ni...yang ingin mengenal dunia...kenapakah org yang sanggup melihat kehancuran hidup org lain ini masih berleluasa...hmmm...kita tiada jawapan untuk itu....Semoga roh si kecil ini dirahmati dan tempatnya adalah Di Syurga.....amin....
Berbalik kepada abah, pengamal perubatan itu berkata, penyakit abah ini adalah penyakit Busung..bahagian perut ke bawah dipenuhi air..bayangkan seperti span yang penuh dengan air...kini memenuhi segenap ruang di bahagian perut sehinggalah ke kaki..betapa beratnya badan untuk bergerak.penyakit ini sangat sukar diubati berbanding santau...penyakit ini perlukan kesabaran..sudah dibuang "ibunya" tetapi sisa2 nya masih ada...cuma perlu dirawati beberapa kali lg...hmmm wpun dilihat tinggal sisanya saja...keadaan abah sngt teruk....apa yang dilihat oleh abg tidak Bb ceritakan disini..sebab kata abg...mungkin boleh merosakkan akidah yang membaca..so biarlah kami sekeluarga sahaja yang tau....berbalik pada abah, pada senja dan malam hari keadaan nya sgt teruk..pada waktu lewat mlm abh sering mengerang kesakitan..malah sukar untuk bernafas...sedih dan pilu mendengar dan melihat keadaannya...tiada apa yang kami boleh buat hanyalah berdoa semoga cepat sembuh dan dilindungi Allah SWT....banyak yang ingin diceritakan tp cukuplah sekadar berkongsi pengalaman ini...walau besar mana kesalahan seseorang itu, biarlah Tuhan membalasnya..Kita hanya Redha dengan apa yang terjadi dan menganggap ini adalah dugaan NYA.....usahlah di guna-gunakan org lain..berdendam sehingga sedemikian rupa..kelak azabnya....kita tidak ketahui Maha hebatnya.....
Semoga, abah dan pesakit2 lain akan sembuh dan dilindungi Allah SWT selalu...sama2 lah kita mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mereka semoga dikembalikan kegembiraan dan ketenangan hidup sekeluarga...AMIN......


-The End-

1 comment:

Fikri Rais said...

sabaq ja lah... sian..