Aku pernah jumpa !!

Aku pernah jumpa 
Seorang yg dilahirkan dari keluarga yang berada
Tapi dipengakhirannya hidup nya porak peranda
Aku pernah jumpa
Seorang yg dibesarkan dalam keluarga yang daif
Namun hidupnya gembira bersama teman yang sangat setia
Aku pernah jumpa
Seorang yang pelajarannya ke luar negara
Hidupnya terkontang kanting mencari sesuap nasi
Namun ada juga yang berjaya mengecapi hidup yang diimpi
Aku pernah jumpa
Tiada pelajaran tiada harta, tiada apa
Tuahnya tuhan memberkati menjadi usahawan kaya raya
Namun masih ada jua yang hanya mengenang tanpa usaha
Aku pernah jumpa
Di kaki lima meminta sebatang rokok
Menolak troli mengutip botol-botol kosong
Namun aku kagum kerana nekadnya untuk hidup
Dia tidak pernah berputus asa menjerutkan diri menamatkan riwayatnya
Aku pernah jumpa
Seorang yg hatinya sangat mulia
Namun hidupnya ditindas kerana hasad denki sesama manusia
Aku pernah jumpa
Seorang yg solatnya tidak pernah ditinggal
Tp Subahanallah mulutnya berpuaka menghasut sesama kaumnya
Aku pernah jumpa
Seorang yg rambut ikal berwarna perang keemasan
Membantu yg miskin melakukan kerja amal
Namun disalaherti sentiasa oleh manusia yang bertuhankan syaitan
Aku pernah jumpa
Seorang yang di anggap teman sejati 
Bertanya sana sini membuka aib yang dianggap teman selamanya
Namun bila bersemuka lembut gigi dari lidahnya
Aku pernah jumpa
Seorang yg tidak pernah meminta
Namun memberi segala yang dia ada
Walaupun dirinya hnya memakan roti kosong semata
Aku pernah jumpa
Sungguh elok percakapannya , halus mulus kulitnya
Sentiasa tersenyum tanpa jemu tanpa rasa gundah
Walau dalam hatinya, tiada siapa yg tahu penyiksaannya
Aku pernah jumpa
Dia yang menyimpan segala rasa
Namun masih terukir senyum tawanya
Namun aku ingin jadi pendengarnya jika dia sudi menerima
Aku pernah jumpa
Yang difikirnya hanya nafsu semata
Tiada rasa sayang dan cinta
Kerana dia takut kecewa diakhirnya
Aku pernah jumpa
Yang menyatakan cinta setiap masa
Namun dia lupa cinta yang dilafaznya
Sebenarnya hanya dimulut bukan dihatinya
Aku pernah jumpa
Seorang yang sanggup menunggu bertahun lama
Hanya kerana dia pasti, dia tak akan akan berjumpa
Seistimewanya.....

Aku pernah jumpa
Terlalu rama tak terkata
Yang pastinya aku cuba tersenyum tanpa prasangka
Kerna aku tau ini semua mainan dunia

-the end-

No comments: