Salam dihulur hati disapa
Wah wah wah kenain bermadah
Tu la aku romantik tak tentu arah
Sudah lama x bersua muka
Mana pulak datang sua muka
Kalau menulis ja caranya
Ulang semula
Sudah lama x menulis kata bicara
Buat peminat setia jikalau ada
Aku bedoa sejahtera hendaknya
Buat yang membaca dan asyik termenung ja kerja nya
Jika di tanya bagaimana khabarku
Alhamdulillah segar bugar gebu gebu
Senyum tak pernah lekang dari bibirku
Untuk kamu kamu dan kamu
1 tahun aku menyepi diri
Mencari sinar yang aku sendiri tak pasti
Diri ini yang bnyk menyendiri
Membawa hati muhasabah diri
Duduk di sini minum kopi
Sambil mencoret pengenalan diri
Aku tak pasti kenapa aku tampil kembali
Adalah kerana kini aku sudah berani
Atau takut hilang segala nmemori
Terima kasih pada yang masih sudi
Menerima diri ini yang bakal lupa diri
Bukan kerana ketamakan atau bangga diri
Hanya kamu dan kamu yang mengerti
Sudah waktu aku pergi
Nanti petang aku coretkan lagi
Bye bye pengganti diri
Jaga hati jaga diri jumpa dalam mimpi
-the end-
No comments:
Post a Comment