I was talking to my bff early today. Pelik tapi benar i told him, i never realize that all those entries, i am the one who wrote it. Sapa lagi nak tulis kan kalau bukan bb yg tulis. Cuma, bila baca balik the entry, rasa macam, betoi ka aku yg tulis.. things like that. Tak ingat langsung bila tulis and kenapa and dimana and all sort of questions.
So my friend said, i wrote it with all my heart. Dari Hati katanya. hehehe.. and bila bb cakap, macam sedap ja ayat2 bb tu, dia kata memang sedap berpujangga.. hahahahhaa... pengaruh zaman lagu2 ngilai2... adeh... jadinya, bb tenung2 balik, bb amat2 balik, sejarah keluarga bb...
Masa Form 5, bb amik Saster and bb dapat A.. thats part of it. Bapak bb cikgu Math and Geografi and Sejarah.. ok x dak kena ngena.. Mak bb cikgu Bahasa Melayu and Ekonomi Rumah Tangga. Mak Lang bb cikgu Lukisan. Pak Tam bb askar.. Pak Teh pun askar.. Pun x dak kena ngena.. sapa lagi ek.. So, rujuk punya rujuk, Bb keturunan Acheh. Tok Wan bb, Hj. Abdul Rahman Nyak Hussein, seorang yg dihormati dan Imam Masjid di Kampung bb.. Hmmm.. So, cari lagi deep deep.... dapat lah rungkaian di bawah...
Tok-tok bb yakni adik dan abg tok wan bb.. (Sumber dari Wikipedia - sorry bercampur English dan Bahasa Melayu).
Tok Njang Ismail atau dikenali Tan Sri Profesor Emeritus Dato Pendita (Dr) Haji Ismail Hussein dilahirkan di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah pada 30 Januari 1032. Bapanya pedagang kecil, abangnya Abdullah menjadi pengarang yang diangkat sebagai Sasterawan Negara, manakala adiknya Dato Ibrahim mengembang sebagai pelukis antarabangsa.
Dari sejak kecil tatkala membesar di kampung terpencil beliau mulai sedar akan keluasan dunia Melayu, dengan ingatan terhadap keluarga sebelah bapanya di Aceh, manakala keluarga ibunya yang bermastautin di Selatan Burma selalu kembali mengunjungi keluarga di Kedah.
Tan Sri Profesor Emeritus Dato Pendita (Dr) Haji Ismail Hussein telah dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah oleh KDYMM Sultan Kedah Darul Aman pada tahun 1980. Sementara Ijazah Kehormat Doctor Honoris Causa oleh Universitas Indonesia pada tahun 1984. Gelaran Pendita oleh Simposium Dunia Melayu 1985 di Sri Lanka pada tahun 1985 dan darjah Panglima Setia Mahkota oleh DYMM Yang di Pertua Agong pada tahun 1993. Dalam tahun 1997 Universiti Madagaskar menganugerahkannya Doctor Honoris Causa. Dan terbaru anugerah Prof Emeritus pada tahun 1997 oleh Universiti Malaya. Anugerah lain yang diterimanya ialah bintang Datok Dharma Wangsa dari Istana Maimoon Medan dan gelar Linggom Banua Melayu dari masyarakat Harahap Padangsidempuan. Dan terakhir gelar Seri Wira Cendekia Mulia Kedah darul Aman dari DYMM Sultan Kedah pada tahun 2002.

Tok Wa Lah atau dikenali sebagai Datuk Abdullah Hussain (25 March 1920 – 31 December 2014) was a Malaysian novelist and writer. He received the Malaysian National Laureate in 1996 which makes him the 8th recipient of the award. Born on 25 March 1920 in Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Between the years 1926 and 1931 he received his early education at the Sekolah Melayu Sungai Limau and continued his studies at Sekolah St. Michael Alor Setar from 1932 until 1933 and also at the Anglo Chinese School, Alor Setar until 1935.
Cerita berkenaan Tok Wa, Tok ndak dengan Tok Njang ada di blog di bawah ni. Boleh klik link :
So, begitulah ceritanya... keturunan la agaknya kot bb dapat talent yg tak seberapa ni... menulis untuk meluahkan perasaan dan bercerita serta berkongsi pendapat dan pengalaman... juga sebagai satu landasan peringatan untuk bb di masa2 akan datang... jadinya sebagai dairi kedua bb... :)
-the end-
No comments:
Post a Comment