Kepala aku sangat semak serabut sekarang
Mulai hari ini
aku akan kurangkan berpikir tentang orang
aku akan kurangkan berpikir benda-benda yg menyemakkan
segala perasaan org-org lain yang nak cemburu atau berdengki
aku tak mau layan lagi
biar lah kata aku tiada perasaan lagi
sakit kepala ni bagaikan dihempap batu besar yang amat menyakitkan
segala persoalan orang aku dah malas nak huraikan
aku tak tahan lagi
aku nak hidup bagaikan aku tiada bebanan
walaupun hakikatnya bebanan itu adalah untuk aku teruskan perjuangan
aku langsung tak sanggup nak harungi lagi
perit getir memikirkan perasaan dan hati orang
kali ini biarlah aku hidup bebas
bebas dari perasaan yang menghantui
bebas dari memikirkan tentang apa kata orang lain
bebas dari memutarkan tanda tanya yang menyesakkan dada
bebas dari segala segalanya
kenapa aku tak boleh hidup tenang walaupun sehari
kenapa setiap perbuatan pasti ada pandangan sisi
kenapa segala perkataan pasti undang persepsi
kenapa sebutir pandangan tak boleh menjadi satu kata pasti
yang ada hanya negativiti
jadi
aku pasti aku ingin lebih tenang hati dari belenggu hidup ini
melalui hidup hanya demi sesuap nasi
lupakan sementara segala hal duniawi yang menyakiti
biar
hati ini dihiasi senyuman dan segala yang manis
sementara ini
kerana aku pasti
aku sedang rapuh jatuh tersungkur rebah ke bumi ini
tolonglah aku
bantulah aku
bangunkan lah aku
aku merayu
beri aku kekuatan untuk mengisi ruang hati ini
agar hidup ku lebih bermakna sementara nyawa masih berjuang di sisi
terima kasih semua kerana memahami
isi hati yang beku tawar tiada definisi
1 comment:
Be strong Bie. I know you are
Post a Comment